Banner Femily Day Jalinan Kasih

Assalamualaikum..

Banner ini digunakan untuk Femily Day Jalinan Kasih baru - baru ni.. ( Keluarga sebelah saya )..
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan...

Syukur sangat, kerana bukan selalu kami dapat berkumpul ramai - ramai macamni..
Memasing seronok dan gembira..

Paling seronok, tengok anak - anak yang dapat berseronok bermain, dan bermesra dengan sepupu sepapat.. serta berkenalan sesama mereka. Yela, ada yang antara kami ni, bertahun baru dapat jumpa sekali.. bukan selalu.. kerana tulah, saya sendiri pun teruja bila program yang kami rancangkan ini dapat berlangsung dengan jayanya

Kami bukan sekadar untuk suka-suka, namun banyak hikmah yang dapat kami kutip sepanjang ianya berlangsung..
Silaturrahim itu yang paling penting.. InsyaAllah..


Banner untuk di print


Tadaa.. dah siap di gantung






Inilah keluarga besar kami...


Gambar nya terlalu banyak kalau nak upload sini.. hee... biasalah... ramai tu. Memasing dengan kamera masing.. full memory.. haha.. tapi, semua gambar sangat sangat sangat bermakna... senyum sorang tengok... love u all



with love,
Imah SulamKaseh

Frame Canvas Love

Assalamualaikum semua..

Lama saya tak update blog.. bukan apa.. sibuk bercuti minggu lepas.. tak sempat nak tumpu pada design pun sangat..

Bila dah lepas cuti ni, makin banyak kerja yang tertunggak..

InsyaAllah harini saya sempat siapkan design untuk Frame Canvas yang akan diberikan untuk suami nya yang tercinta...

Jom kita tengok..




Design pertama saya. Tuan nya tak berkenan sebab nampak kontra
tengah dengan tepi.. hee

Jadi, saya tukar dengan yang ini.. Dia setuju.. hee
Pandangan orang berbeza. Pada saya nampak elok, mungkin pada orang lain tidak..
InsyaAllah saya akan ikut kehendak pelanggan... hee

ok.. tu je..
Moga hubungan pasangan suami isteri ini akan berkekalan hingga ke Syurga.. Aameen...


with love,
Imah SulamKaseh

Doodle Free Untuk Semua

Assalamualaikum semua...

Harini saya nak kongsi satu artwork yang boleh di share dan di cetak sekiranya berminat. Saya halalkan ... dengan syarat jangan di buang la kredit untuk saya tu ye.. hee

InsyaAllah bermanfaat buat semua..





Sebarkan Salam..

With Love
Imah SulamKaseh




Doa Qunut dan terjemahan nya

Harini, saya nak kongsi design untuk doa qunut dan terjemahan nya..

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan design ini, sila hubungi saya di 013-9014626.
InsyaAllah dengan harga yang sangat berpatutan..

--------------------------------------------------------------------------------



Doa qunut dan terjemahan

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya


 تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hadiah Pengantin Frame Canvas dan Tarpaulin

Tempahan dari pelanggan untuk diberikan kepada pengantin sebagai hadiah di hari bahagia mereka.. Moga hubungan akan kekal hingga ke Syurga.. Aameen...

Jom layan gambar yang sempat saya snap semalam sebelum diberikan kepada penempah.






Sesiapa berminat nak dapatkan frame - frame ini, hubungi saya di 013-9014626..

with love,
imah SulamKaseh Creative

Kelebihan Surah Al Mulk

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang barakah.

Alhamdulillah.. berjaya siapkan tempahan dari Cikgu Yatie dari Dungun yang request Backdrop surah Al Mulk..

Ini Hasilnya. Full surah Al Mulk dan hadis mengenai kelebihan
membacanya


Cikgu Yatie sangat gembira dengan hasil nya.. hee.. thanks..


- imah SkC -

Islamic Calligraphy ~ Surah Al Ikhlas

Jenuh juga nak siapkan tempahan kali ni.. serba tak kena.. dari segi pemilihan warna dan jenis khat.. last² jadi kaler dan khat cam gini. huhu..
Moga bertepatan dengan konsep. .
Sebab tulah kan.. designer ni ambik upah mahal juga.. sebab nak buat satu² artwork tu berjam jugak la nak boleh ke siap..

 
Tadaa.. ini yang dah siap

Ni step yg saya guna.
1st step : lukis batik dan warnakan nya..
2nd : warnakan background
3rd : pemilihan khat
( Yang ini paling mencabar dan paling lama saya terpaksa ngadap laptop )..
Sebelum ni saya hanya guna font Islamic calligraphy utk khat tu.. tp setelah mendapat nasihat dari adik ipar, Ahmad Suhaili Hassan yang arif dlm bab² khat ni.. saya tukar buat sendiri tulisan khat tu..
Boleh kata lenguh jugok laa pinggang nye.. huhu..
Tapi, betul kata adik ipar tu.. kita akan lebih feel bila buat sendiri ni..
Aa yela.. feel la ni.. dh dekat kul 2 dah aihh..


Susun satu - satu huruf tuu... huhuhu

Notakaki :
Dibuka untuk komen... Saya pun nk menaip dah keluar wording lain dh ni.. ngantukkk...


Original lukisan tangan dah siap !.. hee

 With Love.
Imah. SulamKaseh Creative.
02 March 2017

About Me. Imah. SulamKaseh Creative


Assalamualaikum.

Hi there! My name is Karimah Hanapi. I’m a Freelance Graphic Designer, Art & Islamic Calligrapher, and Illustrator. I design Islamic Calligraphy, Batik, Canvas Frames, Logos, Brochures, Banners, Book covers, apps, and everything in between. I have collaborated with many clients from all over the Malaysia and hopefully can go more, all over the world.

InsyaAllah..

Imah. SulamKaseh Creative
Hakmilik SulamKaseh Creative. Powered by Blogger.

About Us

Blog ini ditubuhkan untuk menempatkan segala hasil kerja saya yang terkini di SulamKaseh Creative.. Moga bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.. Rabbi Yassir